|
MEMO DALAMAN Tarikh : 15 Jun 2007 Daripada : Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi Kepada : Semua Penyelia Pelajar Pascasiswazah Yang dihormati, Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, LAPORAN PELAJAR PASCASISWAZAH Satu mesyuarat bersama Pusat Pascasiswazah telah diadakan pada 2.30 petang 14 Jun 2007. Beberapa isu dan perkara berhubung pelajar pascasiswazah telah dibangkitkan. Antara perkara yang perlukan tindakan segera ialah laporan pengajian pelajar pasca (sarjana, Mphil & PhD). Mohon Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan menyemak senarai yang dilampirkan. Jika pelajar seliaan Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dicatat sebagai ‘Dapatkan Laporan’ atau ‘Kenalpasti Masalah’, maka laporan bagi semester pengajian yang terdahulu belum lagi dibuat. Jika pelajar diselia secara bersama, penyelia pertama bertanggungjawab membuat laporan melainkan panel penyelia telah bersetuju menyerahkan tugas ini secara spesifik kepada penyelia kedua atau ketiga (bagi yang lebih daripada tiga panel). Bagi membolehkan para pelajar ini mendaftar pengajian untuk semester akan datang, laporan daripada penyelia (dengan perakuan Dekan Sekolah) MESTI dihantar ke Pusat Pascasiwazah sebelum atau pada 22 Jun 2007. Justeru, di peringkat sekolah, saya memutuskan bahawa semua laporan lengkap mesti dikumpul selewat-lewatnya pada 11 pagi 22 Jun 2007. Tindakan Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah seperti berikut: (1) Dapatkan borang laporan (dalam kotak bernombor 42) (2) Borang yang sudah diisi lengkap mesti diserah kepada Dekan atau Pemangku untuk ditandatangi (3) Borang-borang ini kemudian dikumpul oleh Puan Armi Salapan (sebelum diserahkan kepada Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi) (4) Selepas mengisi borang secara manual, sila akses maklumat pelajar di portal pelajar pascasiswazah dan isikan maklumat yang sama secara elektornik (sila berjumpa dengan Pn. Armi untuk dapatkan alamat url dan password) Terima kasih di atas kerjasama Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. |
| Leave a Comment: |